Sujud melegakan sistem
pernafasan. Mungkin ramai di kalangan kita tidak sedar mengenai
pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar
bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan
setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal
manusia.
Manusia
melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat
dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan
menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia
paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih
lama.
Antara
hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan
organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
-
membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
-
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
-
melegakan sakit hernia. (burut)
-
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
-
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
-
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
-
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.
-
meringankan bahagian pelvis.
-
memberi dorongan supaya mudah tidur.
-
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
bangun daripada sujud.
-
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
-
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
-
mengurangkan
kegemukan.
-
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions).
-
organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
-
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak
secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari
segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang
Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari
segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke
otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut
kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki
darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal dan sempurna.